Thursday, April 28, 2011

kepala mcm nk pecah!

sedey, kecewa, marah, geram, tension!.. mcm2 y aku rs skang ni..
tp aku xleh nk share ngn sape2 lg dah..
susah!!


dulu aku ade sorang kwn, aku slalu kata dia telinga aku sbb dia la tempat aku membebel2 meluahkan segala ketidakpuashatian y melanda jiwa.. tp skang telinga aku tu da ilang..


idop aku mmg kelam kelabu sejak2 tinga aku tu ilang. huh... mana taknya,, selalu kalau ade masalah sikit je mesti nk ceta.. skang da xleh dah nk ce cita ce cita sbb tinga da xde. skang ade masalah kena pendam sendiri.. idupku da x seceria dulu. wah!!! gitu ek..


mula2 mmg ssh gila nk sesuaikan diri n keadaan sejak2 cacat sbb telinga da ilang. mmg handicap la gamaknya. asek2 nk keja dtg bulan je sebab kepala semak ngn masalah tp x leh nk kuakan n share ngn tinga. cuba gak nk cr telinga ganti tp semua palsu.. payah nk cari telinga asli seasli y ilang tu.. so, kesimpulannya, sampai skang ni, aku idop tanpa telinga. kesiann......


bila da 3thn ni, aku da terbiasa la kan idop tnpa telinga ni. mmg kusam je idop ni sbb otak semak ngn masalah y makin hari makin betambah. kalau otak tu ade 100% space, 1 ari masok 1% masalah, kalau da seratus hari, x ke full space2 y ade.. tu blom cukup stahun tu, y balance 265 hari lagi tu, mcmna aku nk pastikan hari2 tu xde masalah?? complicated kan! hoih....


disebabkan space da xde kosong, kalau ade masalah, aku kena cepat2 pk cara penyelesaian supaya ianya tidak menambah semak d kepala aku y batu ni.. dan selalunya penyelesaiannya aku tu ialah buat x tau je. dgn harapan lama2 masalah tu akan disappear ala2 habuk y d tiup angin n slalu aku berjaya. wah! tahniah, tahniah!! 


kalini masalah dtg lg menyapa aku.. aku telah cuba wat x tau tp nmpaknya masalah y dtg kalini lagaknya mcm abg besar kawasan. makin wat x tau makin menjadi2 ia menyapa jiwa. argghhh!! aku tertekan! ape nk buat ni?? kalau nk suh aku selesaikan, mmg susah ni sbb ianya melibatkan beberapa personnel.. malah personnel2 sekalian pulak mempunyai bermacam2 personaliti. ah, sudah... 


adoi.... skang ni y aku cuba terapkan dlm jiwa dan sanubari aku hanyalah kata2 semangat y positve seperti 'sabar', 'tenang' dan beberapa kalimah2 zikir supaya abg besar kawasan y mengacau jiwa raga aku tu slow down sket mengacau.. ish, ape y aku merepek ni. ahhh... x peduli la. aku mmg sgt jiwa kacau ni. kalau nk wat cmni, sebelah sini x puas ati, kalau wat camtu, sebelah sana lak x ok. di luah mati mak, di telan mati ayah la cmni. 


hmmm... harap2 jln penyelesaian y terahkir y aku akan cuba sekejap lg ni akan memberi sedikit kesan. mudah  mudahan.. aminn..


ya Allah, tunjukkanlah jalanmu utk aku selesaikan masalah ini..

Tuesday, April 19, 2011

andai KAMU tau...

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Andai kamu tau...