Wednesday, August 24, 2011

tacing tak memasal..

tinggal arini n esok je aku kena buang masa keja kt opis..
pastu da nk blk jb, utk raya holiday..
suppose to be happy la kan nk blk raya.. tp nape aku mcm sedey??
WTH la...! aku sedey utk sbb y sgt x penting di dunia..
awatla aku jd lagu ni oi..

aku rs mmg aku kena bwk family aku pindah tempat laen la.. aku x seswai dok area tu..
asal nk blk jb je, mesti aku ade perasaan cmni.. tmbahan mode raya ni wat aku makin sebak, resah, sedey, n perasaan y seangkatan dgnnya la..

cannot stand la this stupid feeling. hadoi!!!

Ya Allah, please help me to remove, varnish, clorox my feeling for him. please... =(

Monday, August 8, 2011

bila rasa ini rasa mu..

long distance relation..

Thursday, June 9, 2011

looong story..

tibe2 mlm ni rs mcm ade mood lak nk menaip panjang2..
x padan aku saket pungkoq sbb dok atas simen, al maklumla.. hamba ni musafir lalu, dtg menumpang utk online barang sejam dua..
actually bkt bilik hotel line x bape nk ok. hotel furama je,, bukan flemington or lagend in la bagai. coverage x kuat sbb wireless kena tempuh byk wall sblm smpai ke blk aku y hujung skali tu. so, sbb da sangap nk online, aku gigihkan gak utk ddk d lobi n very unfortunate, xde kurusi. so, aku pon dgn tabah2 takot la dok kt lobi ni seorang diri. lupakan kesusah payahan aku utk online. x penting..

ala,, tibe2 rs mood da kena potong zaaass! ngn uncle y mengajak aku berbual2.. pelikkah aku ddk bersila di sini?? mengapa setiap y lalu akan bertanya soalan?? alah! ini y wat aku nk teros masok dlm selimut. tmbahan cuaca persekitaran kt taiping ni lembap, jd mata pon mcm sayu, kuyu je.. bilik pon cozy sgt2. kalau x leh tdo pon, aku maseh boleh menonton rancangan y tah ape2 y di tayang d flat screen jenama PHILIPS. ahah! rs nk terkucil sudah bertandang,, memang menyeru aku segera ke bilik. bdk2 kt bilik tu pon tah wat ape la.. td kata nk wat slide utk talk esok,, tah2 da tdo. kalau diorg tdo, aku nk masok cmna?? menambahkan faktor utk aku berhenti menaip setakat ini sahaja.. sekian..

nnt kalau da amik gmba ape y ptt, br nk post ceta.. ha, tu pon kalau dapat fix line intenet spt y di harapkan..

**xde kaitan tp tibe2 x sabar nk tgok game liverpool next july.. =)

something B I G ....

nk tau ape y something big tu?? tggu la smpai ade fix line internet.. baru boley nk berceramah celoteh..
bukan saje big story, malahan bigS sbb there's a lot of story i wanna share. cant wait.. tp kena, terpaksa sabar sbb ni menumpang intenet hotel. seksa btol nk online skang ni. kt opis mmg x dpt la sbb soon we'll get a new office n it's open workstation and sadly, my meja is betol2 dpn pintu blk bos. x dpt la nk ngulo bersosial while ofis hour. x puas ati!! aaa.. betry da nk abes! till cross then..

Thursday, April 28, 2011

kepala mcm nk pecah!

sedey, kecewa, marah, geram, tension!.. mcm2 y aku rs skang ni..
tp aku xleh nk share ngn sape2 lg dah..
susah!!


dulu aku ade sorang kwn, aku slalu kata dia telinga aku sbb dia la tempat aku membebel2 meluahkan segala ketidakpuashatian y melanda jiwa.. tp skang telinga aku tu da ilang..


idop aku mmg kelam kelabu sejak2 tinga aku tu ilang. huh... mana taknya,, selalu kalau ade masalah sikit je mesti nk ceta.. skang da xleh dah nk ce cita ce cita sbb tinga da xde. skang ade masalah kena pendam sendiri.. idupku da x seceria dulu. wah!!! gitu ek..


mula2 mmg ssh gila nk sesuaikan diri n keadaan sejak2 cacat sbb telinga da ilang. mmg handicap la gamaknya. asek2 nk keja dtg bulan je sebab kepala semak ngn masalah tp x leh nk kuakan n share ngn tinga. cuba gak nk cr telinga ganti tp semua palsu.. payah nk cari telinga asli seasli y ilang tu.. so, kesimpulannya, sampai skang ni, aku idop tanpa telinga. kesiann......


bila da 3thn ni, aku da terbiasa la kan idop tnpa telinga ni. mmg kusam je idop ni sbb otak semak ngn masalah y makin hari makin betambah. kalau otak tu ade 100% space, 1 ari masok 1% masalah, kalau da seratus hari, x ke full space2 y ade.. tu blom cukup stahun tu, y balance 265 hari lagi tu, mcmna aku nk pastikan hari2 tu xde masalah?? complicated kan! hoih....


disebabkan space da xde kosong, kalau ade masalah, aku kena cepat2 pk cara penyelesaian supaya ianya tidak menambah semak d kepala aku y batu ni.. dan selalunya penyelesaiannya aku tu ialah buat x tau je. dgn harapan lama2 masalah tu akan disappear ala2 habuk y d tiup angin n slalu aku berjaya. wah! tahniah, tahniah!! 


kalini masalah dtg lg menyapa aku.. aku telah cuba wat x tau tp nmpaknya masalah y dtg kalini lagaknya mcm abg besar kawasan. makin wat x tau makin menjadi2 ia menyapa jiwa. argghhh!! aku tertekan! ape nk buat ni?? kalau nk suh aku selesaikan, mmg susah ni sbb ianya melibatkan beberapa personnel.. malah personnel2 sekalian pulak mempunyai bermacam2 personaliti. ah, sudah... 


adoi.... skang ni y aku cuba terapkan dlm jiwa dan sanubari aku hanyalah kata2 semangat y positve seperti 'sabar', 'tenang' dan beberapa kalimah2 zikir supaya abg besar kawasan y mengacau jiwa raga aku tu slow down sket mengacau.. ish, ape y aku merepek ni. ahhh... x peduli la. aku mmg sgt jiwa kacau ni. kalau nk wat cmni, sebelah sini x puas ati, kalau wat camtu, sebelah sana lak x ok. di luah mati mak, di telan mati ayah la cmni. 


hmmm... harap2 jln penyelesaian y terahkir y aku akan cuba sekejap lg ni akan memberi sedikit kesan. mudah  mudahan.. aminn..


ya Allah, tunjukkanlah jalanmu utk aku selesaikan masalah ini..

Tuesday, April 19, 2011

andai KAMU tau...

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


Andai kamu tau... 

Friday, February 4, 2011

cerita malam hari..

mlm td last aku keja mlm utk minggu ni..
mcm2 hal aku alami.. 
aneh, seronok, comel.. 
mcm2 gelagat customer aku jumpa.. 

majority customer y dtg kol 3,4 pg mesti tny aku keja sorg je ke sbb mmg aku sorg y jg kaunter..
y lg sorg wat keja kt ofis blakang.. 
ramai gak y tny aku x takot ke keja mlm? takot ke aku??
jawapannya, aku x rs takot lg stakat ni.. 
best aje.. x ramai org, sunyi.. jalan raya pon kosong.. aku suka tgok jln raya y kosong n deretan kedai y gelap..
tp mlm td paling aneh sbb ade sorg customer tu suh doa byk2 klu keja mlm.. apekah mksud beliau? bila dia ckp cmtu br aku terasa nk takot.. tp 2,3 minit je la aku takot.. huhu..
aku x takot sgt sbb sebelah 7e tu klinik bkk 24jam.. klinik tu ade hire guard, so x la takot sgt.. 
so, aku akan stay positive bila kena keja mlm lg pasni..

time mlmni x byk sale sgt pon.. 
slalu org dtg beli beer, topup n condom..
mmg 3 brg ni laku la bila mlm.. ha, lg 1 rokok.. mcm goreng pisang panas lakunya..
ade 1 mlm, sorg apek ni beli smpai 20kotak rokok.. wat party asap agaknya.

rokok hal biasa. ni nk ceta pasal beer plak.. 
dlm rule 7e, x leh jual beer pd org melayu n bdk bwh umur, tp 7e tempat aku keja ni cm x peduli pon rule tu..
rule y laen bkn maen lagi strict, tp y ni.. wat lalala je..
aku nk je skema ekot rule beer tu sbb geram n rs semacam bila jual beer kt bdk mlayu..
rs cm nk emosi je bila amik dwet dr tgn bdk2 mlayu y beli beer ni.. marah!!!
aku penah tny staff laen leh x klu aku x nk jual beer kt bdk mlayu tp persoalan aku di jawab ngn senyuman paling sinis didunia! senyuman y dlm hati diaorang mesti pk aku ni poyo n alim2 ustazah.. 
xpe.. ko pk la aku cmtu.. xpe.. bila ade chance bleh aku berambus, cpt2 aku nk angkt kaki dr situ..
mmg la ms interview dia tny kesah ke x klu customer nk beli beer aku jwb x kesah tp aku x tau la pulak klu pelanggan beer tu majority bdk mlayu..
aku igt sama cm area KL, klu org nk beli beer mntk IC dulu nk pastikan dia bkn mlayu.. wakenabeb la nmpaknya..
waaaaaaaaaa... berdosakah aku?? 


y pling syok keja kt 7e tu, ramai y kata aku bdk br abes SPM.. mudakah?? hehe..
abg y anta roti la y paling x pecaya umo aku da 20++.. dia igt aku umo 18. peewwwiit! 18 tu..! =D
ade gak bdk2 laki y aku tgok gaya bdk skola lg, mntak2 no phone.. mmg haram la kan aku nk kasik..
mahal wei no phone aku ni.. hahaha!!

tp y paling, terpaling scary ngn sorg mamat ni..
mula2 dia tny nape aku da kurus.. wah!! sejak bila aku gemok lak.. (cecece.. x nk ngaku lak kan! haha..)
aku sumpah x kenal mamat tu.. muka x nk ganas plak kan..
siap piercing tinga lg.. aku ade plak kwn2 ngn org sebegitu..
bila dia tny nape aku kurus, aku tny dia blk, bila ms aku gemok..? aku ckp kt dia, dia slh org kot tp mati2, seboleh2 dia kata dia kenal aku..
pastu aku tny dia sape nama aku klu betol dia kenal aku, pastu ade plak dia tny aku blk ape nama aku..
sah! psycho mamat ni..
aku pon wat x layan je la.. wat2 bz lap2 pintu, lap2 rak..
pastu dia pksa aku jwb ape nama aku.. mmg annoyed gila mamat tu! 
last2 aku pon bgtau la ape nama aku dgn harapan dia puas hati lalu blah tp sangkaan aku meleset..
keadaan menjadi x terkawal... (poyo ayat ni.. hahaa..)
bila aku da bgtau nama, dia mntak no phone lak. adoi mamat ni.. tension dah aku time tu..
aku mmg xkn bg la kan no aku kt org y psycho lebih2 lg y mcm dia..
aku mmg wat2 x tau je.. wat2 bz pusing kedai smbil susun2 barang.. y mamat ni bleh plak ekot bontot aku smbil memujuk nk no phone. saket tol aku ngn dia tu..
dlm hati cpt la ade customer dtg beramai2 supaya dia boleh blah ngn serta merta!
aku da x tau nk wat ape, aku lari g masok ofis, g mntk tolong ngn staff laki y sama2 jg store..
tp si adi ni leh lak kata kt aku, lyn aje... waaaaa.. sampai ati ko adi!!
bila aku kua dr ofis, mamat tu da pgg botol red bull kaca.. 
dia kata kt aku, klu x nk bg no phone dia nk lpskan botol tu bg jatuh n pecah..
stunned! aku mmg stoned 2,3 second. xtau ape y ptt aku wat sbb aku mmg x kn kasik no aku kt dia..
rs nk nges je time tu sbb aku takot gila!
aku da pk nk pggil polis je tp aku xde no phone polis.. dlm otak aku da pk mcm2 y buruk dah time tu..
dlm hati aku doa x putus2 supaya ade customer dtg n doa aku dimakbulkan.. berkat aku solat sblm g keja kot. huhu..
bila ade customer, dgn sendirinya mamat tu blah.. aku mmg x tgok la kn muka dia cmna time dia blah tu tp aku mmg bersyukur sgt2 dia blah..
kalau dia btol2 gila, dia tggu smpai customer semua blk, dia smbung ugut aku, mau aku tros lari blk umah pastu xnk dtg keja lg.. seram! 
mmg aku x kn lupa insiden ni..
klu dia dtg lg laen kali, aku mmg anta notis.. selamat tinggal mamat psycho n 7e la nmpknya..


macam2 kan org ni.. pelik2 n aneh2..

y paling comel ade sorg pkcik ni.. dia br blk keja la aku agak berdasarkan uniform kerja dia..
dia beli eskrim 2, coklat 2, gula2 dua.. 
ms dia byr aku tny dia, utk twin ke ni pkcik? dia kata iye.. mmg cute gila pkcik tu.. blk keja belikan anak2 dia bnda2 tu.. lovely gila kan cmtu. huhu..

y paling sengal, insiden mlm td..
ade brader 2 org ni.. kwn dia suh beli brg pastu ade balance singgit dr brg2 y dia beli tu. bleh lak brader tu merungut balance singgit.. dia kata nk beli ape ngn singgit tu sbb dia ade niat nk sapu dwet balance mmber dia klu byk lebey.. dlm merungut2 tu, sempat lak sorg brader tu tegur kuku aku x potong. 
cisss... malu aku seketika.. haha..
mmg pnjg pon kuku aku, x dinafikan sbb aku terlupa nk potong. tp x yh la brader tu nk tolong igtkan aku utk potong kuku.. g tolong igtkan kt ana rafali bleh la kot! huhu..
da la membuat aku tersegan silu ngn teguran itu, bleh lak ms nk kua dr 7e dia ckp kuat2 'terima kaseh ye FAIRUZ'..
aku lupa y nama aku mmg akan berada di dlm resit beliau.. cehh..

mggu dpn aku shift pg lak.. 
mesti bosan.. hmmm..
aku suka keja mlm even bila keja mlm aku cm gila sket sbb dunia aku tunggang terbalik sbb aku slalu x igt hari..
da la time tdo terbalik, aku kira ari pon jd lmbt sehari.. tu blom lg time tdo y terlampau akibat time keja mlm sgt ngntok.
smalam aku tdo kol 10 pg, bgn2 je kol 6 ptg. mmg gila, tdo x igt. tah ape2 je aku ni. huhu..

y pasti aku akan sentiasa x sabar nk start keja mlm blk sbb keja mlm sgt best, best sgt2 n me like it so much, n much more!! hahaha..